Monday, September 27, 2010

Dan Ini Penghujungnya...


Salam semua...
dlm beberapa bulan kebelakangan ini, banyak peristiwa-peristiwa baru, manis dan pahit berlaku dalam hidup aku dan keluarga aku...

ada yang buat aku tersentak, ada yg buat aku menangis, ada yang buat aku ketawa dan ada yang buat aku bersemangat... bersemangat untuk hidup dalam memberi...


aku rasa tak perlu lagi aku teruskan apa2 cerita mau pun coretan aku kat sini lagi... so aku akan TUTUP BLOG INI! FAHAM! (ada yg aku xnak diaorg follow lagi cerita hidup aku... cukup! aku rasa xpayah lg org tertentu tau update aku lg lepas ni! xpe, tuhan maha adil.. korang akan terima pembalasan tu nnt. aku x nak campur)

aku akan buat blog lain,

so gambar kat atas tu fahamkan.. only friends sahaja akan dimaklumkan blog baru aku.

Thursday, September 23, 2010

!!!!TERGEMPAR!!!!

AKAN BERLAKU BEBERAPA PERUBAHAN PADA BLOG INI. AKAN DIUMUMKAN DALAM MASA TERDEKAT!

Thursday, August 19, 2010

Ulangtahun Kelahiran Aku Ke 31..

Salam Semua... sebelum aku terlupa.. Selamat Menyambut Bulan Puasa.. Marhaban Ya Ramadhan...

Tahun ni Bday aku jatuh bulan posa.. ye Bday yg ke 31.. seperti biasa, wife aku yg tersayang akan buat sesuatu utk aku.. dia suka sangat suprise.. dan almost every year suprise dia menjadi.. dan aku akan menjayakan apa yg kami sambut tu.. (*note - pada pasangan suami isteri terutama yg muda, kita kena selalu menceria dan mewarnakan hubungan rumah tangga kita.. jgn flat je.. or nak bromen baru nak bergurau senda)

So wife aku telah mem-plan-kan satu sambutan, dia bagitau aku konon nak sambut Bday kawan baik dia Diah sehari sebelum bday aku, aku pun pecaya la.. sambut kat TGIF Subang Parade.. fuhh! mahal tu, aku ckp.. tapi sbb Diah ni banyak membantu keluarga aku (terutama bagi kek n muffin) apa salahnya membalas budi orgkan.

Tapi masa aku balik dari keje, hujan lak tu.. habis basah kuyup aku.. my lil adam sambut aku sambil bagitau.. ayah, hepi bday ayah dlm car.. hahaha.. tergelak aku. Suprise wife aku dah terkantoi separuh jalan... tapi mcm aku ckp.. aku suka jayakan apa yg mencerikan hubungan aku ngan wife aku.. aku suka la... hehehe...


Ini family Diah, Bear n Pasha


Sementara tunggu family diah sampai lil adam bergalak sakan kat dlm TGF tu..

Si Diah x tau yg Bday dia pun nak kena sambut, hubby dia bagitau konon dtg nak sambut Bday aku.. hubby dia n wife aku dah plan benda ni awal2 lagi.. menarikkan... (korang patut cuba sekali sekala)

so antara makanan yang kami makan.. amik set berbuka posa.. kat sini ada wa cakap lu.. tak mahal pun.. satu set dlm RM40 je main meal + pembuka selera + air


lepas semua dah makan.. maka bermula lah suprise tersebut.. aku terkejut juga la.. tapi cuma dah terdetik... sbb napa nak sambut bday si diah ni hari Selasa.. the day b4 bday aku.. sedangkan bday si diah ni hari sabtu aritu.. pelikkan.. so SUPRISE!!!

kami berdua kena menyanyi dulu sebelum tiup kek tu.. si diah mmg betul2 terkejut.. hahaha... berjaya plan diaorg berdua (wife aku hubby diah). Mula2 minat TGF tu suruh berdiri atas kerusi nyanyi.. aku ckp " ko biar betol, kalau roboh kerusi ni aku x nak bayar.. hahaha..." trus dia suruh diri je..

Lil Adam, kalau dgn kek mmg no 1, terutama ada lilin menyala atas dia.. laju je nak tiup

nampak topi hitam yg adam pakai tu, tu hadiah dari family diah.. suka! makin bertambah la koleksi topi aku.. hahaha...

Ini lah family kami yg suka buat Suprise...
Thanks diah n family..
Thanks my dear Isabella Is..

ini pulak hadiah yang aku dapat dari wife aku...

close up skit

ini pulak kad ucapan dari Wife aku....

dan dari lil adam (mama dia tulung pegangkan tgn, tulis kad ni)


The next day nye.. the day Bday aku la.. wife aku buatkan kek.. sedap beb.. lantak korang le kata aku puji bini sendiri.. mmg sedap beb.. bleh lawan secret recipe n kawan dia yg selalu buat kek coklat rasa pahit tu.. wei! bini aku buat lagi sedap 1000 x dari ko la... hehehe.. dia x baca blog aku pun... hahaha...

So ini gambar2 kami sekeluarga yg bahagia dan saling sayang menyayangi (hahaha.. suka ati aku la nak tulis apa)




P/s : terima kasih sayang.. abg sukaaaa sgt, next year hadiahkan lens Nikon 70-200mm f/2.8G AF-S VR II pulak ye... hahaha... bukan saja wife aku bankrap.. dgn aku2 sekali bankrap kalau beli lens ni..

Sunday, August 1, 2010

Cerita - ceritu di Mahkamah

Korang pernah ke mahkamah?
tak kira la mahkamah apa, mahkamah trafik ke? mahkamah syariah ke? mahkamah rayuan ke? mahkamah seksyen ke? or mahkamah tinggi..

aku malas nak ulas jenis2 mahkamah ni.. korang baca perlembagaan malaysia kalau nak tau.. apa yang aku nak cerita adalah... orang-orang yang berada di mahkamah... banyak jenis cerita di mahkamah ni... di dalam court atau pun di luar court. watak2 cerita pun banyak, org yg didakwa, peguam bela yg bawak kes, pendakwaraya, ahli keluarga yg didakwa, polis pengiring, polis mahkamah, runner mahkamah, makcik cleaner mahkamah, penterjemah mahkamah, kerani2 mahkamah.. banyak la cerita jawabnye...

pagi tadi aku kena ke mahkamah sebagai saksi.. jadi saksi kat malaysia ni bukan macam dlm tv yg korang tgk tu.. jauh berbeza, tgh aku duduk rehat menunggu kes yg aku jadi saksi di sebut.. aku nampak beberapa pak n minah arab (dari segi muka la aku agak).. ke hulu hilir dari satu mahkamah ke mahkamah lain... korang jgn bayangkan pulak dari satu bangunan ke bangunan yg lain. dalam bangunan mahkamah tu ada beberapa bilik perbicaraan.. lebih mudah di panggil mahkamah seksyen 1, mahkamah seksyen 2, mahkamah kanak-kanak, mahkamah trafik... faham?

aku tgk pak n minah arab ni duk jinjing 2-3 plastik beg.. antara yg aku nampak mcm baju dan bekas makanan.. aku ngan kawan2 (saksi semuanya) di membuat andaian sonsang la.. biasala, dah bosan menunggu, ada je la idea bernas keluar...

muka pak n minah arab tu memang nampak sedih dan sugul... tengah aku berdiskusi pasal arab2 tu.. lalu sorang minah arab yg lain bergari di iringi polis wanita masuk ke mahkamah yg sama dgn kes aku tu... apa lagi makin bertambahlah andaian2 yg kami reka... hahaha...

aku x puas hati, aku masuk dlm mahkamah tu... aku ngan kawan2 aku tadi duduk kat bangku para saksi... alahh kat luar bilik mahkamah tu je... bila aku masuk.. rupanya sekumpulan pak arab duduk dlm kandang petuduh. *nota : dlm mahkamah, ada istilah dia sendiri.. org yg kena tangkap dan org yang kena tuduh.. jgn panggil pesalah selagi dia tidak dijatuhkan hukuman. apa beza org yg kena tangkap ngan org yang kena tuduh adalah.. malas aku nak tulis kat sini.

rupanya dengar2 perbualan antara ahli keluarga pak arab tu ngan penguam.. kes dadah.. kalau x silap aku dgr..

tapi bukan tu yg aku nak ceritakan... yg aku terasanya adalah harapan ahli keluarga tu.. siap bawakkan makanan (mungkin makanan timur tengah kot) yelah, makanan kat penjara atau lokap mana lah nak sedap...

siap bawakkan pakaian utk tukarkan, yelah.. kat dalam sana mana ada bleh basuh baju. lagi pun kalau lokap ko xde nye pakai baju.. pakai spendar je.. kalau dlm penjara ko pakai uniform penjara.

betapa tinggi harapan ahli keluarga utk bagi keselesaan tu... terharu aku jap... drama menitik air mata jgn la cakap, biasa gak aku tgk kat mahkamah ni. terutama mak2 la.. dpt tgk muka anak pun kejap je.. nak berbual pun x bleh.. paling2 pun dapat tegur masa polis bawak dari kandang ke lokap sementara.. kat koridor tu dapat la pegang skit.. polis pun bagi la peluang lebih kurang... ye la polis pun manusia gak.. tapi dia mesti sound gak, jgn bercakap katanya...

tu lah kita.. masa kita senang, x pernah kita nak ingat ahli keluarga.. aku pun sama... jarang benor aku telipon mak n ayah aku.. ni dah nak masuk bulan posa dah... ishh2... mak abah.. ampunkan segala dosa sham anak beranak ye... halalkan makan minum, susu yg mak berikan, harap halalkan ye mak.. mana tau, ini adalah ramadhan kita yang terakhir....

sham sayang mak dan abah...

Trip Hidrology Ulu Bernam - Part 1 / 6


Seperti biasa, setiap sem aku mesti temankan wife aku ke fieldtrip.. yg paling selalu aku teman trip Hidrology student AS229...

sepanjang aku temankan wife aku sejak aku kawin, tak pernah seramai ni studentnye.. kali ni mencecah 90 org (mula2 120 org.. sib baik ada yg drop subjek ni). Aku tak kisah pun berapa ramai nak amik subjek ni... tapi yg aku risau wife aku nnt pening kepala melayan kerenah student yang bermacam ragam.. bila dia dah pening kepala.. dgn aku sekali nnt terbabit. tu belum lagi cerita masa nak tanda kertas exam bebudak tu.. fuhhh... memang sensara aku tgk wife aku membebel dgn kertas jawapan tu sorang2... hehehe..

Ok lah, mcm aku janji dgn bebudak Hidrology tu, gambar korang bleh amik kat sini..

Part 1 - Episod mengukur flow rate air sungai...