Monday, September 27, 2010

Dan Ini Penghujungnya...


Salam semua...
dlm beberapa bulan kebelakangan ini, banyak peristiwa-peristiwa baru, manis dan pahit berlaku dalam hidup aku dan keluarga aku...

ada yang buat aku tersentak, ada yg buat aku menangis, ada yang buat aku ketawa dan ada yang buat aku bersemangat... bersemangat untuk hidup dalam memberi...


aku rasa tak perlu lagi aku teruskan apa2 cerita mau pun coretan aku kat sini lagi... so aku akan TUTUP BLOG INI! FAHAM! (ada yg aku xnak diaorg follow lagi cerita hidup aku... cukup! aku rasa xpayah lg org tertentu tau update aku lg lepas ni! xpe, tuhan maha adil.. korang akan terima pembalasan tu nnt. aku x nak campur)

aku akan buat blog lain,

so gambar kat atas tu fahamkan.. only friends sahaja akan dimaklumkan blog baru aku.

Thursday, September 23, 2010

!!!!TERGEMPAR!!!!

AKAN BERLAKU BEBERAPA PERUBAHAN PADA BLOG INI. AKAN DIUMUMKAN DALAM MASA TERDEKAT!

Thursday, August 19, 2010

Ulangtahun Kelahiran Aku Ke 31..

Salam Semua... sebelum aku terlupa.. Selamat Menyambut Bulan Puasa.. Marhaban Ya Ramadhan...

Tahun ni Bday aku jatuh bulan posa.. ye Bday yg ke 31.. seperti biasa, wife aku yg tersayang akan buat sesuatu utk aku.. dia suka sangat suprise.. dan almost every year suprise dia menjadi.. dan aku akan menjayakan apa yg kami sambut tu.. (*note - pada pasangan suami isteri terutama yg muda, kita kena selalu menceria dan mewarnakan hubungan rumah tangga kita.. jgn flat je.. or nak bromen baru nak bergurau senda)

So wife aku telah mem-plan-kan satu sambutan, dia bagitau aku konon nak sambut Bday kawan baik dia Diah sehari sebelum bday aku, aku pun pecaya la.. sambut kat TGIF Subang Parade.. fuhh! mahal tu, aku ckp.. tapi sbb Diah ni banyak membantu keluarga aku (terutama bagi kek n muffin) apa salahnya membalas budi orgkan.

Tapi masa aku balik dari keje, hujan lak tu.. habis basah kuyup aku.. my lil adam sambut aku sambil bagitau.. ayah, hepi bday ayah dlm car.. hahaha.. tergelak aku. Suprise wife aku dah terkantoi separuh jalan... tapi mcm aku ckp.. aku suka jayakan apa yg mencerikan hubungan aku ngan wife aku.. aku suka la... hehehe...


Ini family Diah, Bear n Pasha


Sementara tunggu family diah sampai lil adam bergalak sakan kat dlm TGF tu..

Si Diah x tau yg Bday dia pun nak kena sambut, hubby dia bagitau konon dtg nak sambut Bday aku.. hubby dia n wife aku dah plan benda ni awal2 lagi.. menarikkan... (korang patut cuba sekali sekala)

so antara makanan yang kami makan.. amik set berbuka posa.. kat sini ada wa cakap lu.. tak mahal pun.. satu set dlm RM40 je main meal + pembuka selera + air


lepas semua dah makan.. maka bermula lah suprise tersebut.. aku terkejut juga la.. tapi cuma dah terdetik... sbb napa nak sambut bday si diah ni hari Selasa.. the day b4 bday aku.. sedangkan bday si diah ni hari sabtu aritu.. pelikkan.. so SUPRISE!!!

kami berdua kena menyanyi dulu sebelum tiup kek tu.. si diah mmg betul2 terkejut.. hahaha... berjaya plan diaorg berdua (wife aku hubby diah). Mula2 minat TGF tu suruh berdiri atas kerusi nyanyi.. aku ckp " ko biar betol, kalau roboh kerusi ni aku x nak bayar.. hahaha..." trus dia suruh diri je..

Lil Adam, kalau dgn kek mmg no 1, terutama ada lilin menyala atas dia.. laju je nak tiup

nampak topi hitam yg adam pakai tu, tu hadiah dari family diah.. suka! makin bertambah la koleksi topi aku.. hahaha...

Ini lah family kami yg suka buat Suprise...
Thanks diah n family..
Thanks my dear Isabella Is..

ini pulak hadiah yang aku dapat dari wife aku...

close up skit

ini pulak kad ucapan dari Wife aku....

dan dari lil adam (mama dia tulung pegangkan tgn, tulis kad ni)


The next day nye.. the day Bday aku la.. wife aku buatkan kek.. sedap beb.. lantak korang le kata aku puji bini sendiri.. mmg sedap beb.. bleh lawan secret recipe n kawan dia yg selalu buat kek coklat rasa pahit tu.. wei! bini aku buat lagi sedap 1000 x dari ko la... hehehe.. dia x baca blog aku pun... hahaha...

So ini gambar2 kami sekeluarga yg bahagia dan saling sayang menyayangi (hahaha.. suka ati aku la nak tulis apa)




P/s : terima kasih sayang.. abg sukaaaa sgt, next year hadiahkan lens Nikon 70-200mm f/2.8G AF-S VR II pulak ye... hahaha... bukan saja wife aku bankrap.. dgn aku2 sekali bankrap kalau beli lens ni..

Sunday, August 1, 2010

Cerita - ceritu di Mahkamah

Korang pernah ke mahkamah?
tak kira la mahkamah apa, mahkamah trafik ke? mahkamah syariah ke? mahkamah rayuan ke? mahkamah seksyen ke? or mahkamah tinggi..

aku malas nak ulas jenis2 mahkamah ni.. korang baca perlembagaan malaysia kalau nak tau.. apa yang aku nak cerita adalah... orang-orang yang berada di mahkamah... banyak jenis cerita di mahkamah ni... di dalam court atau pun di luar court. watak2 cerita pun banyak, org yg didakwa, peguam bela yg bawak kes, pendakwaraya, ahli keluarga yg didakwa, polis pengiring, polis mahkamah, runner mahkamah, makcik cleaner mahkamah, penterjemah mahkamah, kerani2 mahkamah.. banyak la cerita jawabnye...

pagi tadi aku kena ke mahkamah sebagai saksi.. jadi saksi kat malaysia ni bukan macam dlm tv yg korang tgk tu.. jauh berbeza, tgh aku duduk rehat menunggu kes yg aku jadi saksi di sebut.. aku nampak beberapa pak n minah arab (dari segi muka la aku agak).. ke hulu hilir dari satu mahkamah ke mahkamah lain... korang jgn bayangkan pulak dari satu bangunan ke bangunan yg lain. dalam bangunan mahkamah tu ada beberapa bilik perbicaraan.. lebih mudah di panggil mahkamah seksyen 1, mahkamah seksyen 2, mahkamah kanak-kanak, mahkamah trafik... faham?

aku tgk pak n minah arab ni duk jinjing 2-3 plastik beg.. antara yg aku nampak mcm baju dan bekas makanan.. aku ngan kawan2 (saksi semuanya) di membuat andaian sonsang la.. biasala, dah bosan menunggu, ada je la idea bernas keluar...

muka pak n minah arab tu memang nampak sedih dan sugul... tengah aku berdiskusi pasal arab2 tu.. lalu sorang minah arab yg lain bergari di iringi polis wanita masuk ke mahkamah yg sama dgn kes aku tu... apa lagi makin bertambahlah andaian2 yg kami reka... hahaha...

aku x puas hati, aku masuk dlm mahkamah tu... aku ngan kawan2 aku tadi duduk kat bangku para saksi... alahh kat luar bilik mahkamah tu je... bila aku masuk.. rupanya sekumpulan pak arab duduk dlm kandang petuduh. *nota : dlm mahkamah, ada istilah dia sendiri.. org yg kena tangkap dan org yang kena tuduh.. jgn panggil pesalah selagi dia tidak dijatuhkan hukuman. apa beza org yg kena tangkap ngan org yang kena tuduh adalah.. malas aku nak tulis kat sini.

rupanya dengar2 perbualan antara ahli keluarga pak arab tu ngan penguam.. kes dadah.. kalau x silap aku dgr..

tapi bukan tu yg aku nak ceritakan... yg aku terasanya adalah harapan ahli keluarga tu.. siap bawakkan makanan (mungkin makanan timur tengah kot) yelah, makanan kat penjara atau lokap mana lah nak sedap...

siap bawakkan pakaian utk tukarkan, yelah.. kat dalam sana mana ada bleh basuh baju. lagi pun kalau lokap ko xde nye pakai baju.. pakai spendar je.. kalau dlm penjara ko pakai uniform penjara.

betapa tinggi harapan ahli keluarga utk bagi keselesaan tu... terharu aku jap... drama menitik air mata jgn la cakap, biasa gak aku tgk kat mahkamah ni. terutama mak2 la.. dpt tgk muka anak pun kejap je.. nak berbual pun x bleh.. paling2 pun dapat tegur masa polis bawak dari kandang ke lokap sementara.. kat koridor tu dapat la pegang skit.. polis pun bagi la peluang lebih kurang... ye la polis pun manusia gak.. tapi dia mesti sound gak, jgn bercakap katanya...

tu lah kita.. masa kita senang, x pernah kita nak ingat ahli keluarga.. aku pun sama... jarang benor aku telipon mak n ayah aku.. ni dah nak masuk bulan posa dah... ishh2... mak abah.. ampunkan segala dosa sham anak beranak ye... halalkan makan minum, susu yg mak berikan, harap halalkan ye mak.. mana tau, ini adalah ramadhan kita yang terakhir....

sham sayang mak dan abah...

Trip Hidrology Ulu Bernam - Part 1 / 6


Seperti biasa, setiap sem aku mesti temankan wife aku ke fieldtrip.. yg paling selalu aku teman trip Hidrology student AS229...

sepanjang aku temankan wife aku sejak aku kawin, tak pernah seramai ni studentnye.. kali ni mencecah 90 org (mula2 120 org.. sib baik ada yg drop subjek ni). Aku tak kisah pun berapa ramai nak amik subjek ni... tapi yg aku risau wife aku nnt pening kepala melayan kerenah student yang bermacam ragam.. bila dia dah pening kepala.. dgn aku sekali nnt terbabit. tu belum lagi cerita masa nak tanda kertas exam bebudak tu.. fuhhh... memang sensara aku tgk wife aku membebel dgn kertas jawapan tu sorang2... hehehe..

Ok lah, mcm aku janji dgn bebudak Hidrology tu, gambar korang bleh amik kat sini..

Part 1 - Episod mengukur flow rate air sungai...



























Friday, July 23, 2010

Tazkirah Jumaat

Hari Jumaat ini..

....Banyakkan selawat ke atas Nabi SAW
'...Banyakkan Istigfar..
...Banyakkan membaca Al-Quran
...Banyakkan sedekah jariah..


Tazkirah..

6 perkara ALLAH sembunyikn dr kita....

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu
Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik
daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada
Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.
"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh,
dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tet api di
akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai,
namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa,
sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja,
dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang
bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaann Ku
dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari
solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu
mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan
kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga
Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga
Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izi n dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as
dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua
sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat
jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya
dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud
kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau
sepertiganya, atau seperempatnya? " Kemudian Allah swt berfirman yang
bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan
meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau
miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak
akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah
kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang me reka
kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah
S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat didalamsemua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

Kalau rajin... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimat
yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu yang
bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya
meskipun dia sudah meninggal dunia...

Sunday, July 18, 2010

Bon Odori 2010

Aku tak pernah tau ada event mcm ni kat M'sia. Lebih2 lagi kat shah alam tempat aku tinggal . Minggu lepas seorang kawan DSLR aku msg mengajak aku ke event ini. So aku pun google la.. apa bon odori ni..

Rupanya dia adalah tarian jepun kuno, satu amalan agama pada mulanya.. lama kelamaan menjadi satu budaya rakyat jepun. So oleh kerana komuniti jepun bleh tahan ramai kat sini, maka ianya disambut secara kecil-kecilan... alah! mcm kita ramai sambut hari raya kat Msia Hall di London la kiranya.. siap ada lagu raya n joget lambak... (aku x penah pg london pun, org cite je.. hehehe..)

So oleh kerana, wife aku tengah mengidam makanan jepun n salah satu pelajaran bagi adam (anak aku) maka aku bawak la mereka berdua ke tempat tu. sebelum tu aku pg tgk wayang cite Toy Story 3... (last tayangan, janji ngan adam dari awal tayangan lagi, sib baik sempat.. tak guna nye bapak..)

seawal kol 4 lebih, kawan DSLR aku msg, dia kata dah ada kat sana. event tu start kol 9 - 12 mlm... aku cakap kat wife aku. semangat betul si B ni.. awal lagi dah sampai. Kami cadang ke sana lepas magrib...

lepas magrib bertolak... beberapa call n msg dr kawan2 DSLR semua, tanya kat mana.. dh smpai blum.. macam2 la soalan.. yg tanya jalan pun ada..

sampai kat area sek 21 tu.. alamak jem yg teramat.. patut la si B tu pg awal, kami parking kat kilang NEG. dekat 2 kilometer kami berjalan... masa tu dah kol 8. ramai jugak yg berjalan balik. ishh.. napa ada org balik ni, kita dah lmbt ke.. tgh2 jalan terserempak dgn sorang kawan si S. tanya dia napa balik?... dia jawap.. Bro, x leh la.. kena pakai lens panjang, saya pakai 18 - 55mm je.. lagi pun lautan org la bro..

xpe disebabkan aku dah bawak anak bini, aku teruskan jugak.. wife aku pun kata, kita redah je bang... jalan nak ke san mmg sesak.. ramai yg baru datang n ramai gak yg balik.

sampai je kat kawasan padang tu (dia buat kat stadium tgh2 padang).. wife aku cakap, abg pg la amik gmbr. saya ngan adam ada kat sini2. nnt apa2 call le yek..

aku pun terus ke tengah lautan org ramai menuju ke stage ditengah2 padang.. x byk dpt gmbr cantik. memang betul kata si S tu... lens kami budak hingusan ni x sesuai.


ramai yg siap berkelah di atas trak lumba lari... mungkin diorg dari siang tadi kot...

antara gmbr yang aku dapat amik, antara yg terbaik... (punya la buruk, yg aku tak upload ni lagi la buruk.. ish.. keciwa)


orang ramai pun mengikut menari seperti penari-penari di atas.. memang meriah dan menghiburkan...

tiba2... eh! ini wife jepun n anak jepun ni aku kenal ni...

wife aku n adam pun dok seronok menarik ikut sekali... hahaha... suka adam...

Tarian di hentikan sekejap, penari2 tu nak berehat minum air kot.. so aku pun melilau balik amik gmbr yg patut.. ramai juga pengunjung yg memberi sokongan dgn memakai kimono... xtau la, mungkin diorg ni kerja ngan company jepun kot, atau diaorg ni saudara mara jepun ke.. student amik bahasa jepun ke.. mmg diaorg ni org jepun ke.. x pun peminat cerita drama jepun.. mcm anak aku peminat kartun jepun.. ULTRAMAN... eheeheh.. boleh kira tak mcm tu..

yang ini aku rasa org-org jepun yang keje kat malaysia ni or ikut family keje kat sini..

yang ini aku rasa student amik bahasa jepun.. hehehe..

yg ini pemukul gendang untuk tarian tu.. budak2 jepun kot... x pun tarian naga punya budak hahaha...
yang ini aku rasa dia minat artis lelaki jepun...

tengah aku berpeluh nak dapatkan gmbr yg baik.. dapat call dari si B, wei kat mana? so aku pun bergerak kearah dia.. jumpa la beberapa kenkawan DSLR lain. semua agak keciwa sbb xde gmbr yg menarik.. kebanyakkan alasan sebab kit yg x sesuai (alasan budak ingusan, hehehe).. tup, wife aku call tanya kat mana.. ada budak nak makan aiskrim jepun..

muka riang dapat aiskrim, pau mama dia.. mahal tu.. RM8 sebijik... perisa greentea.. tapi rasa sesudu... pastu x nak dah

mama dia la habiskan.. tgk muka evil nk habiskan aiskrim.. hahaha...

aku dah nak balik dah, ramai sangat org.. wife aku ckp kita amik gmbr dulu.. mintak la tlg satu minat ni amik gmbr..

pastu.. ternampak org kecoh kerumun.. apa tu... ooo.. rupanya diaorg amik gmbr anak jepun yg cute.
budak : ishh.. napa ko senyum macam tu.. busuk lak tu...

Budak : mcm ni la senyum...

Budak : ish.. degil org cakap, ko senyum tu buruk la.. aku katok karang baru tau..

Budak : apa dia... aku mcm jepun? mmg la aku anak org jepun la...

Budak : lantak ko la tak caya.. baik aku layan mee goreng mamak ni... mak aku beli kat Darul Ehsan sek 9 tau... kat jepun xde la..

baru je aku ngan bini aku nak melangkah balik.. tarian n gedang tu start balik.. si adam lak, ayahhh jom dance.. so aku pun layan la kerenah anak aku ni jap..

Apa2 pun, event ni memang menarik.. cuma ramai org, stage tu jauh n tinggi sgt la... tapi aku enjoy ngan family aku... pengalaman yg menarik... walaupun lepas tu adam x nak jalan kaki balik ke kereta... terpaksa la aku dukung dia 2 kilometer beb... lenguh kaki nak ooiii...