Wednesday, June 16, 2010

Kenapa Aku Pelupa!!!

Dari aku kecik, aku rasa aku bukan budak yg kuat mengingat. x silap aku masa tu aku darjah 2. Family aku tinggal di Felda Ulu Dengar, Kluang, Johor (sampai sekarang aku heran napa nama dia Ulu Dengar). nak hafal doa iftitah pun jenuh, siap kakak aku tolong tulis dalam rumi lagi (aku x ingat akak aku yg mana tlg tulis, mcm aku cakap aku ni bukan pengingat sangat). begitu teruk tahap kelemahan aku menghafal.

Sekarang ni aku kadang2 (selalu sebenarnya) terkejut dgn kehebatan tahap mengingat isteri aku dan abg ipar aku (gilerzz ahh! ding dong). bayangkan semua lagu2 iklan zaman umur baru 3-4 tahun diaorg boleh nyayi balik sekarang, di ulangi bukan lagu pop, rock, dangdut or irama klasik, lagu iklan tau. cthnya.. lagu besta, nini, (entah apa lagi tah)

Isteri dan abg ipar aku pulak heran sebab aku punya kuat pelupa, sebab lagu2 n cerita2 tv zaman 80 - 90 an aku x ingat.

Ada kemungkinan aku pernah kena panah petir dulu, masu tu aku form 4, kat kg aku mak n ayah aku xde outstation. so aku ngan kawan2 aku lepak kat umah *buat keje2 nakal*. masa tu hujan lebat turun kilat boleh tahan la, angin kuat gila. So pintu pagar aku terbukak... (umah aku ngan pintu pagar jauh gak, dalam 20 meter lebih kurang) so segerombolan lembu dan ahli jemaahnya masuk ke laman rumah aku. laman umah aku ni pulak penuh dengan pokok bunga dan padang rumput yang hijau terbentang luas. dah menjadi amalan keluarga aku, kalau lembu masuk laman, aku yang akan disuruh halau. so disebabkan sudah menjadi rutin aku menghalau lembu, aku pun ambik payung n halau le lembu-lembu tu. baru je aku sampai separuh laman...

BEDENTUM! sekali, satu kilauan cahaya depan mata aku... payung kemana, aku tercampak berguling2 dan tertiarap (ni tambah ni, sebenarnya aku terkebelakang sikit je... hehehe...) masa tu secara fitrahnya terungkap lah kalimah suci ALLAH dari mulut aku. kawan2 aku yang ada kat garage panic n tergamam beberapa saat. Aku masuk umah n terus solat.. hehehe.. insaf beberapa minit... kalau tidak, maka xde la blog ni.

5 comments:

ASLINDA said...

Citer pasal laman rumah tu macam pernah distorykan ...

Abu Zuhair said...

wah! kak as kita menjengah blog saya. tima kasih..

jazakallah khairan kasira..

Janggel said...

Fuh kena panah petir tu best tak?

isabelle said...

hahahaha...alasan je tu kena panah petir.
sebenarnya org mkn semut, dia tu mkn kerengga..kekekeke

mOfis said...

ingatan kuat tu ada pasal...sbb ari2 dok makan pen***ak,pen***ang kot...kehkehkeh!!!