Aku pelik bila kita sembang pasal orang mati, kita guna perkataan 'arwah'. Konon nak tunjuk baik sangat la tak sebut nama orang tu?
e.g. yang dianggap x mulia: Ayah kau dulu masa dia ada lagi, dia keje apa ekkk?
e.g. yang orang perasan mulia: Arwah ayah kau tu baik orangnya kan?
Korang tau tak maksud arwah tu?
1) Arwah
Perkataan arwah itu sebenarnya merupakan jama' atau plural kepada perkataan roh.
Maka apabila kita menyebut Arwah si polan bermaksud roh-roh si polan. jelas itu tidaklah bertepatan dengan maksud yang ingin kita gunakan.
2) Allahyarham dan Allahyarhamah
Merupakan sebaik-baik gelaran yang kita gunakan. Allahyarham bermaksud 'Allah merahmatinya' atau secara teknikalnya, 'mudah-mudahan Allah merahmati rohnya. Adapun gelaran 'Allahyarhamah' ia merupakan gelaran yang didapati amat lucu sekali.
Ini kerana perkataan Allahyarham itu adalah kata kerja, maka mana mungkin kata kerja kita berikan sifat lelaki atau wanita?, samalah seperti kita mengatakan 'adam menulis', dan 'lily menulisah' atau 'adam pergi ke kedai dan lily pergiah ke kedai.
3) Almarhum
Merupakan gelaran yang tidak berapa sesuai kita gunakan ke atas si mati. Ini kerana Al-marhum bermaksud ; dia telah mendapat rahmat Allah' atau secara teknikalnya 'secara pasti Allah telah merahmatinya', sedangkan hak mutlak untuk merahmati atau meyeksa seseorang insan bukanlah hak kita. itu adalah hak Allah semata-mata.
Perlu diingatkan juga bahawa gelaran ini tidak berapa disukai oleh golongan ahli hadis, kerana gelaran yang menunjukkan seseorang itu secara sah mendapat rahmat, hanyalah gelaran yang kita pakai ke atas para rasul dan sahabat Rasulullah s.a.w
4)Asy-Syahid
Gelaran ini selalu digunakan kepada para ulama' yang kita anggap mati syahid di jalan Allah. seperti yang dinyatakan gelaran ini tidak digemari oleh para ahli hadis. ini kerana gelaran tersebut secara pasti dia telah mati syahid di jalan Allah.
Walaupun pada mata kasar kita beliau mati syahid, namun isi hatinya yang sebenar di saat kematiannya dan juga niatnya ketika mati merupakan pengetahuan Allah semata-mata, tiada satu pun dari mahlukNYa yang tahu secara mutlak akan isi hati mahluk yang lain.
Seperti selalu kita baca atau dengar, 'Imam Abu Hanifah rahimahullah', 'Imam Malik rahimahullah', dan seterusnya. Gelaran ini merupakan setaraf dengan Allahyarham, cuma didatangkan didalam bentuk perkataan yang lain sedikit. Ertinya juga sama, iaitu 'Allah Merahmatinya' atau mudah-mudahan Allah merahmatinya'.
6) Alaihis salaam
Merupakan gelaran yang khas bagi para nabi dan rasul, dan gelaran ini bermaksud 'kesejahteraan ke atasnya'. Ini merupakan pegangan ahli sunnah wal jamaah, bilamana menyebut mana-mana nabi dan rasul, kita sertakan ungkapan alaihissalaam.
Namun demikian terdapat golongan syiah menyebutnya setiap kali mereka menyebut nama imam-imam mereka, seperti Ja'far As-Saadiq alaihissalaam dan sebaginya. Ini disebabkan mereka menganggap imam-imam mereka bersifat maksum, yang mana pegangan ini bercanggah dengan Al-Quran dan sunnah yang sahih.
7) Radiyallahu 'anhu
Gelaran yang khas kita gunakan kepada para sahabat baginda Rasulullah s.a.w. Gelaran ini bermaksud ' Allah telah reda kepada mereka (untuk masuk syurga)', atau dengan kata lain, syurga itu merupakan janji Allah kepada mereka, di atas keimanan dan pertolongan mereka ke atas Nabi akhir zama, Muhammad s.a.w
8) Al-Hafiz
Ini bukanlah merupakan gelaran yang digunakan bagi si mati, cuma sekadar untuk pengetahuan umum. Dalam masyarakat kita, al hafiz dugunakan bagi mereka yang menghafal Al-Quran secara keseluruhnya. Penggunaan ini tidaklah salah,j ika demikian kefahaman orang ramai.
Tetapi hakikatnya, gelaran Al-Hafiz ini adalah merujuk kepada mereka yang menghafal 300,000 hadis beserta snadnya, sebagaimana halnya dengan Imam Bukhari, Muslim, Ibnu Katsir, Ibnu Hajar dan seterusnya. Ini merupakan penggunaan gelaran al hafiz yang tepat di dalam buku-buku akademik
Mudah-mudahan selpas ini, kita akan menggunakan gelaran yang berpatutan kepada si mati. Kerana gelaran yang patut itu, bukan sahaja sesuai dengan akidah Muslim kita, malahan ia juga merupakan doa yang baik bagi si mati, terutamanya mereka yang kita kasihi
* petikan diambil dari artikel Gelaran Bagi Si mati, oleh Mohd Azri Mohd Nasaruddin, Majalah i, terbitan Bil 89, Mac 2010