Monday, April 19, 2010

Marah

Assalamu'alaikum (السلام عليكم) semua,

Semalam sebelum tidur, wife aku sibuk mencari sesuatu di celahan timbunan majalah dan buku di tepi katil. aku tanya apa yang di carinya. rupanya dia mencari majalah i, keluaran karangkraf bulan mac 2009... ooo... dia mencari artikel mengenai gelaran kepada si mati. so aku janji akan uploadkan tulisan tu hari ini (20 April 2010) di dalam blog ini.

Pagi tadi hujan turun lebat di Shah Alam. Lepas subuh aku pun bersiap sedia dgn segala kelengkapa suria perkasa hitam aku (sebab aku naik moto). wife aku ada tanya, abang tak nak bawak keta ke. aku cakap alah hujan kat sini je, putrajaya mesti tak hujan.

setelah yakin dgn segala kelengkapan laksana mask rider kabuto aku pun duduk atas moto aku... selaki pancit daaa... ish2... maka terpaksa la aku naik keta. nampaknye, naluri seorang isteri telah diilhamkan oleh Allah di luar jangkaan akal seorang suami.

sampai kat opis, aku buat ruti biasa aku... dan aku terjumpa ni dalam blog Saifulislam.com

so sebelum aku tulis berkenaan artikel yang wife aku mintak tu, aku nak kongsi kat korang hadis ni...


Sa’eed bin Musayyeb berkata: Pada suatu ketika, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam duduk-duduk bersama dengan para Sahabat. Muncul seorang lelaki lalu dia mencela dan memaki hamun Abu Bakr radhiyallahu ‘anhu hingga menyebabkan Abu Bakr ’sakit’ mendengarnya. Tetapi Abu Bakr terus mendiamkan diri. Lelaki itu meneruskan lagi celaan dengan bahasa yang lebih kasar terhadap Abu Bakr, namun beliau masih terus mendiamkan diri. Masuk kali ketiga, apabila lelaki itu terus menyakiti Abu Bakr dengan lisannya, Abu Bakr bingkas mahu menjawab balik.

Lalu Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bangun. Abu Bakr radhiyallaahu ‘anhu bertanya: apakah engkau marah denganku wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Tidak. Cuma semasa kamu mendiamkan diri, Malaikat turun dari Langit bertindak terhadap kata-kata lelaki itu. Tetapi sebaik sahaja kamu mula membalas cacian lelaki itu, Malaikat melarikan diri lalu Syaitan datang dan duduk. Aku tidak boleh duduk di tempat yang Syaitan duduk di situ.” [ Hadith riwayat Abu Dawud]


p/s: kalau kita la, org maki kita.. dah lama dah org tu bertumbuk.. tak kira la sapa menang. Tapi tulah.. sekuat mana la sangat iman kita berbandingkan para sahabat... itu pun ada hati nak masuk syurga. YA Allah, ampunkan lah dosa-dosa kami.

Tuhanku aku tidak layak untuk syurgaMu, tetapi aku tidak pula sanggup menanggung siksa nerakaMu dari itu kurniakanlah ampunan kepadaku ampunkanlah dosaku sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar.

No comments: