Bila kita bercerita pasal zakat, ramai secara sengaja atau tidak atau itu je dia tau atau buat-buat tak tau akan merujuk kepada zakat fitrah semata-mata... macam mana dengan zakat harta (maal), pendapatan, perniagaan, simpanan, emas dan perak, pelaburan?
dan sekali lagi secara segaja atau tidak atau itu je dia tau atau buat-buat tak tau akan menjawap...
"err.. saya kena ke.."
"tak berkaitan la"
"nak zakat macam mana, duit nak makan pun tak cukup"
"takpe la org lain dah bayar dah"
"kawasan saya tinggal tak de org miskin"
MasyAllah... tuan-tuan dan puan-puan sekalian, jawapan tu cuba la bijak dan berhemat sikit. Kalau kata jawapan tu keluar dari mulut yang memang tak tau.. boleh dimaafkan lagi.. tapi menjadi satu tuntutan untuk carikan pengetahuan (bro ini pengetahuan agama ni, bukan kerja org alim or imam masjid or pekerja jabatan agama islam je, esok2 mati bukan diorg yang kena jawapkan. Jgn cakap la, xpe dah salah aku terima je le hukuman tuhan.. woi! hukuman tuhan bukan mcm kena rotan cikgu sekolah sebab tak siap keje, or kena rotan 20 sebatan sebab rogol perempuan bawah umur or masih dara or entah dah berapa kali hilang dara. Tak pernah terilham oleh akal manusia betapa dasyhatnya hukuman tuhan, hanya melalui hadis-hadis Rasulullah S.A.W. aje kita pernah baca or dengar).
Tapi kalau yang jawap tu, dia tau hukum hakam, tapi jawapan diberi sekadar nak menghidarkan si penyoal, atau takut kena ceramah, atau takut kena keluar zakat, atau takut duit abis tak boleh nak beli topup utk malam minggu ni nak AFUNDI... ishh.. tak reti la aku nak cakap.Kalau dah solat pun boleh dihumban kedalam neraka hanya kerana lalai dalam solat ni kan lagi tidak tunaikan zakat...
Balasan kepada Mereka yang Enggan berzakat
Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a., Nabi S.A.W. bersabda : "Tidak ada seorang pun yang tidak menunaikan zaakat hartanya melainkan dijelmakan di hadapannya seekor ular yang besar berkepala putih (kerana terlalu banyak bisa) sehinggalah ia membelit leher orang itu."
(riwayat al-Nasa'i dan Ibn Majah)
Hadis kat atas ni aku ambik kat buku 300 hadis bimbingan ~ke arah mencari reda Allah~.
1)Al Dururiat (keperluan)
- keperluan kita seharian, makan minum, pakaian, rumah, pendidikan, keselamatan
2) Al Hajiat (kemudahan)
- kemudahan seperti kenderaan, telefon, komputer/laptop, tv
3) Al Tasiniat (kemewahan)
p/s: jgn kerana kemelut politik dan tuduhan liar manusia kata pusat zakat pun menyeleweng, korang tak keluarkan zakat. Jalankan tanggungjawap dulu, baru la komen apa yang betul apa yang tidak.
Hadis kat atas ni aku ambik kat buku 300 hadis bimbingan ~ke arah mencari reda Allah~.
nak lebih detail pasal apa itu zakat, saya ni layak tak bayar zakat? berapa banyak nak bayar zakat?... ada masa aku tulis lagi, tapi kalau korang boleh baca tulisan aku ni, maksudnya korang ada masa nak cari maklumat tu dalam internet yang berlambak info (ni tak, balik2 cari cerita artis, gmbr x pakai baju, cerita umpat keji politik, resepi nak masak apa utk laki malam ni).
'Bang, saya mana ada harta, rumah pun sewa, keta hutang (ni pun sangkut dah dua bulan), kawin pun pinjam bank rakyat, astro lagi, bayar org jaga anak lagi, api air, lampin susu, abang cakap senang, saya yang tanggung'
Ok, aku bukan tulis untuk menambahkan beban tangungan korang yang korang pikul sekian lama, tapi saya nak bagi sedikit idea..
"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk)." - Surah At Taubah (103).
Dalam hidup kita ni sebenarnya, kita kena kenal pasti apa itu keperluan, kemudahan dan kemewahan.
1)Al Dururiat (keperluan)
- keperluan kita seharian, makan minum, pakaian, rumah, pendidikan, keselamatan
2) Al Hajiat (kemudahan)
- kemudahan seperti kenderaan, telefon, komputer/laptop, tv
3) Al Tasiniat (kemewahan)
- yang ini selalu orang nampak benda-benda mewah je. sebenarnya tidak, kita sendiri yang makan gaji cukup-cukup pun hidup mewah sebenarnya. contoh kereta MPV napa x beli yang harga berpatutan je, napa beli yang nak berjenama, dah tu dah beli yang sibuk nak ditambah segala tok nenek assesori tu apa dia. Telefon, napa nak kena beli yang ada 3.5 G, ada kamera yang depan belakang (xpakai pun sebenarnya, cakap dgn bini pun 2-3 patah je, lebih nak menunjuk je). Makan, napa nak kena makan KFC or McD kalau sebulan sekali xpe lagi. pakaian, nak yang berjenama je, tudung beli kat shoping compleks x nak beli kat maidin, low class. beg tangan or wallet, nak yang harga melebihi duit yang ada kat dalamnye, sekali kena ragut baru tau.
aku tau, makin banyak la alasan akan diberikan. Abang2 dan Akak2 sekelian, keluarkan zakat fitrah paling mahal pun RM50 sekeluarga tu pun setahun sekali. Zakat pendapatan, kalau gaji RM4000 sebulan pun, tolak perkara-perkara yang asas, bulan2 baru RM40 lebih. pergi makan kat Kenny Rogers pun satu meal dah 40 lebih masuk tax. Duit dan harta yang tuhan bagi kat kita tu sebenarnya bukan milik kita. lepas tu nak membebal, mengeluh, gaji ciput, hidup susah, sebenarnya pendapatan kita or hidup kita tak dapat keberkatan dari Allah. Maka, hari ni aku menyeru.. mari lah kita keluarkan zakat.
Diriwayatkan pernah berlaku dizaman pemerintahan Khalifah Umar (check kalau aku silap), hasil kutipan zakat tak boleh nak agihkan, sebab semua org keluarkan zakat sampai xde fakir miskin. Bayangkan betapa kuatnya umat islam pada zaman tu. Kuat dari segi ketenteraan, pendidikan, ukhwah, dan IMAN. So jangan la korang nak bising napa anak2 muda ni banyak sangat gejala sosial, sebab diaorang xde duit, xde pendidikan tak kira la pendidikan agama ke atau sosial. macam mana nak dapat pendidikan, yuran mahal x mampu, apa guna duit zakat... DUIT ZAKAT? mana cukup, org miskin pun x terbagi semua. Dan percayalah Kekuasaan Allah dan PemurahNya memberi rezeki, harta kita takkan berkurangan dengan mengeluarkan zakat malah dijanjikan akan dilipatgandakan. so kalau korang mengeluh gaji x cukup, keluarkan lah zakat. InsyaAllah, ada la rezeki bertambah nanti. Tp kena la keluarkan tu dengan niat Ikhlas kerana Allah ye... Selamat Beramal
p/s: jgn kerana kemelut politik dan tuduhan liar manusia kata pusat zakat pun menyeleweng, korang tak keluarkan zakat. Jalankan tanggungjawap dulu, baru la komen apa yang betul apa yang tidak.
No comments:
Post a Comment